Tuesday, May 4, 2010

"1 Staf 1 Buku"










Program "Mengubah Destini Anak Bangsa”

TUJUAN?
Bagi membantu pembinaan koleksi Pusat-Pusat Sumber Sekolah (PSS) FELDA dan lain-lain sekolah yang memerlukan.

APA yang nak didermakan?

BUKU! Bayangkan kalau setiap staf UiTM Shah Alam menderma hanya SEBUAH buku... banyak tu! Nak derma lebih dari satu? Kami alu-alukan!

Buku terpakai boleh?

Tidak ada masalah! Asalkan masih dalam keadaan elok, contohnya tidak koyak dan tiada contengan..


Isi kandungan buku?

buku rujukan untuk peperiksaan menengah - SRP, SPM
bahan rujukan, contohnya kamus, enskilopedia

bahan bacaan umum, contohnya pengetahuan am, novel dan lain-lain yang bersesuaian dengan pelajar menengah/remaja


MANA nak hantar buku yang saya nak derma?

Hantar saja ke kaunter mana-mana perpustakaan yang dekat dengan anda (PTAR 1, PTAR 2, PTAR 3, PTAR 4, Perpustakaan FSPU, Perpustakaan Jln. Othman, Perpustakaan Puncak Alam, Perpustakaan Puncak Perdana, Perpustakaan INTEC)

ATAU:
Pihak kami datang ambil di tempat tuan/puan. Mudah kan!


BILA nak hantar?

Bila-bila masa sepanjang perpustakaan dibuka, sehingga 15 Mei 2010... Jika ingin terus memberi selepas tarikh ini, PTAR akan tetap menerima untuk sumbangan seterusnya ke PSS lain.


HARAPAN penganjur:

Sokongan setiap warga UiTM amat diperlukan dalam program khidmat masyarakat yang kami rancangkan ini. Dengan peruntukan pembelian bahan bacaan yang amat terhad, setiap naskhah buku yang tuan/puan sumbangkan merupakan pemberian yang amat berharga kepada Pusat-Pusat Sumber Sekolah ini.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi:



1. Puan Faridah Talib (samb. 3746)

2. Puan Rohana Mat Noor (samb. 3796)

3. Puan Noormala Maarof (samb. 3726)

Keperihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.