Monday, May 3, 2010

Sistem E-Aduan UiTM












UiTM akan melancarkan sistem E-Aduan sebagai saluran rasmi untuk staf, pelajar dan orang ramai membuat aduan berhubung UiTM. Sistem ini dibangunkan oleh pihak Pusat Sistem Maklumat Bersepadu untuk Jabatan Komunikasi Korporat UiTM. Jabatan ini akan bertindak sebagai pemantau kepada sistem ini dan juga terhadap aduan-aduan yang diterima melalui sistem ini.

Setiap jabatan di dalam UiTM dikehendaki melantik moderator masing-masing untuk memantau setiap aduan yang diterima dan juga untuk memastikan semua aduan diambil tindakan.

Semua aduan yang diterima dari saluran lain seperti borang, e-mel ataupun peti cadangan elektronik jabatan hendaklah dimasukkan ke dalam sistem ini untuk memudahkan Jabatan Komunikasi Korporat membuat pemantauan.

Diharapkan melalui sistem ini, pihak UiTM dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kualiti kerja warga UiTM di samping membuka ruang kepada semua golongan menyatakan ketidakpuasaan hati, membuat pertanyaan atau pujian.